
who next??
::. V.I.P list .::.
Tuesday, November 30, 2010
new life...

Sunday, November 28, 2010
♥doa kekasih♥

Ya Allah ya tuhanku,
Sekiranya dia tercipta untukku, dan telah Engkau tuliskan aku miliknya, maka satukanlah hati kami, dan tetapkanlah hati kami di antara satu sama lain. Sesungguhnya ya Allah, aku terima dia sepenuhnya, sebagaimana telah Engkau ciptakan dia dan aku mohon padaMu, kiranya perasaan kami sama, maka bukakanlah hatinya untuk menerima aku seadanya, sebagaimana telah Engkau ciptakan aku, supaya Dia menerima segala kekuranganku. Engkau titipkanlah kerinduan di antara kami supaya kebahagiaan itu abadi, dan ya Allah, landaskanlah perhubungan kami pada jalan yang Engkau redhai, supaya dapat kami menyempurnakan agama kami. Jodohkanlah kami dan permudahkanlah segala urusan diantara kami.
Ya Allah yang maha pengasih,
Sekiranya dia bukan pemilik rusukku, bukan dia yang Engkau takdirkan untukku, maka ya Allah, Engkau bawalah dia pergi daripadaku, lupuskanlah rasa cinta dan kasihku padanya. Sesungguhnya ya Allah, peliharalah aku daripada sakitnya perpisahan dan selamatkanlah aku daripada pedihnya kekecewaan. Engkau tenangkanlah hatiku dan pasrahkanlah aku akan takdirMu.
Ya Allah yang maha mengetahui,
Sesungguhnya, hanya Engkau yang mengetahui segala yang tersirat. Walau apapun akhirannya, aku bermohon padaMu supaya dia sentiasa di dalam lindunganMu, selamatkanlah dia daripada bahana di dunia dan di akhirat nanti, permudahkanlah segala urusannya dan ya Allah, Engkau berikanlah dia yang terbaik untuk hidupnya. Bantulah dia supaya semuanya nanti seimbang, di dunia dan di akhirat. Dan ya Allah, lindungilah dia daripada kejahatan orang padanya, walau dalam bentuk apa sekalipun.
Ya Allah yang maha penyayang,
Aku pasrah atas apa yang telah Engkau tuliskan untukku. Hanya Engkau yang mengetahui segala sesuatu, maka aku bermohon padaMu, berikanlah aku yang terbaik untuk hidupku. Permudahkan segalanya untukku dan bantulah aku agar sempurna hidupku, seimbang semuanya di dunia dan di akhirat nanti. Sesungguhnya ya Allah, aku terlalu ingin bahagia, aku ingin benar-benar bahagia, maka Engkau lapangkanlah hatiku dan cukupkanlah segalanya buatku. Pertemukanlah aku dengan dia yang merinduiMu, dengan dia yang mencintaiku, lebih daripada aku mencintainya agar kebahagiaan itu milikku.
Aku hambaMu ya Allah, sepenuhnya aku serahkan padaMu...
Amin
Friday, November 26, 2010
contest :: kids & baby photo contest


Thursday, November 25, 2010
rahsia tahi lalat...jeng..jeng...jeng...
2. Bibir atas kiri = ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan = disegani orang, ramai yg suka
4. Bibir bawah kiri = pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan = cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri = cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah = tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri = pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan = Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri = baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan = agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri = malas dan suka duduk
14. Betis kanan = suka berhibur, boros
15. Betis kiri = rajin,tidak suka menganggur
16. Lutut kanan = bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
17. Lutut kiri = kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri = sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang = jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan = cerdas dan cekap
22. Kening kiri = cerdas, sopan santun
23. Tengah kening = keras hati, berani segala hal
24. Mulut kanan = kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri = suka berpoya-poya
26. Ketiak kanan = dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri = jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan = suka berjalan
29. Pergelangan kaki kiri = kehendak kuat
30. Batang hidung = dicintai ramai & dapat menjadi kaya
31. Pada hidung = banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan = jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri = bijak sana dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri = baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) = bakal beristeri dua
36. Tumit kanan = jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri = baik budi
38. Alis kanan = suka menolong, baik hati
39. Alis kiri = ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan = kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri = suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan = tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan = suka menolong
44. Jari kaki kiri = berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan = cermat buat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri = suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan = baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri = ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan = setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri = menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan = ramai teman
52. Lengah-tengah pipi kanan = ramai yg suka
53. Tengah-tengah pipi kiri = ramai teman
54. Ubun-ubun = kurang jujur
55. Pusat = cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan = sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri = beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan = sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri = disayang pasangan hidup
60. Pada kanan = dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri = berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan = tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri = baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan = kuat ingin memiliki kekayaan
65. Siku tangan kiri = baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan = serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri = serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan = banyak rezeki tapi boros
69. Jari telapak tangan kiri = banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan = boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri = dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan =banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri = baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam = disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam = tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar = baik budi, ramai yg cinta
77. Pelipis kiri = murah rezeki, dpt jadi kaya
78. Pelipis kanan = serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas = baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas = baik budi, ramai yg suka
81. Kelopak mata kanan bawah = agak malas
82. Kelopak mata kiri bawah = agak bodoh, kurang bijaksana
p/s: jgn percaya sgt k...ni semua kajian je...aku dpt pun dr kwn...so..sj nk share..aku msukkan dlm blog ni...:D
j1k4..
Setelah ikan itu melekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Jangan lah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja...
Kerana ia akan SAKIT oleh dek bisa ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga......
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah dia mula MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana ia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah mengganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila ia retak..
Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu mengganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa..
Apabila sesekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan dan berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah,
Cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan..
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
Kamu pasti menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan...
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu..
MENYAYANGIMU...
MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan..
Kelak kamu akan KEHILANGANNYA...
Apabila dia menjadi milik orang lain...
Kamu Juga yang akan MENYESAL...