who next??

::. V.I.P list .::.

Tuesday, November 16, 2010

i'm sorry!!!


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagimelepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kautelah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatans ama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawadan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Sunday, November 14, 2010

petua perkahwinan...

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

  • Sentiasa berdoa agar disayangi.

  • Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

  • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

  • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

  • Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

  • Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

  • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

  • Sentiasa lakukan ibadah bersama.

  • Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

  • Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

  • Urut belakang isteri sekali sekala.

  • Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

  • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

  • Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

  • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

  • Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

  • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

  • Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

  • Lebihkan isteri daripada anak-anak.

  • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

  • Seeloknya masuk tidur serentak.

  • Belai isteri sebelum pergi kerja.

  • Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

  • Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

  • Lakukan riadah bersama isteri.

  • Pergi berkelah sekali sekala.

  • Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

Saturday, November 13, 2010

cerita lucu 18sx... wallaweh...

Kini, Pelajar Paling Cerdik di Malaysia telah ditemui!


Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia..Kini pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti pelajar cerdik Amalina kita!Tahniah..teruskan bacaan anda utk menemui jawapannya:


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".


Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?

Abu: 9

Pengetua: Apa 6 x 6?

Abu: 36


Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.


Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot ofheat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont getit you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu: Heart


Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"

...........................................................................

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

Thursday, November 11, 2010

ucapan "terima kasih" dan "maaf" dapat memanjangkan usia wanita@perempuan...

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.


~renung2kan... dan selamat beramal... huhuhuhu...~

Wednesday, November 10, 2010

minat kat dia...

Aku percaya semua orang mest ada crush kt sesorng kn??

bila kite mnat kat org tu


1) kte asyk brharap dia mncul dpan kite..kite dok bce jampi serapah mntak2 kita dapat jmpe dia..haha..


2) Pstu kalo dia lalu sbelah kte,kite mula pura2 xnmpak tapi dalam hati ‘aish…cepat la tego..aku dah jln punya slow ni’..haha..aku tau korg mmg cmni sbb aku la slh sorg tu..^.^


3) bile dia tego kite,dpan dia mke maintain je..tnye dia cm kwan bese je..pas dia pergi je..peh..kalo ade krusi dpan korg,cnfirm patah sbb korg sepak..hehe..punye la happy pdahal dia just tnye ‘watpe tu’…


4) tapi bile dia xtego kte,mula la..masuk blik mke cam mati laki..mula pkir ‘nape dia xtego aku td..nk kata xnmpak,dh lalu sbelah..ke dia tau aku ske dia,dia xnak lyan aku..ke dia…..or dia…..’.mule la korg pkir ape sebab dia xtgor korg~


5) lagi 1,kalo korg ske kat dia,mle la kwan2 korg jd mngsa..lg2 yg mne rapt ngn korg..tiap2 hari nak cte..brdarah telinga kwan2 korang tu..roommate lagi r..cm orang gila kite brcerita tp kwan2 kite baik..walaupun dah tau jlan cte tu,diorg tetap dengar..*thnx r roommateku n kwan2 yg menahan telinga*


6) bila waktu cuti sem,peh~lagi r..dah r xleh tgk mke dia..seb baik ade fb~connecting people..haha..tp ble dia on9,xtau nk tgo pe..so,korg tgk jela..ble skali dua nak tego hai boleh tahan lg..tp kalo tiap2 ari nak tego dulu,kite pun rse segan..so trpksa la tahan hati..


7) apa status dia kat fb,smua nk like..bile status dia sedih,mule kte tnye dia..tp plg sedih kalo status dia pasal orang lain..dan psal hati dia kt pmpuan lain..nk mrah xleh,nk like pon xleh..tgk je la..pstu amek bntal..tutp muke pastu jerit..


8) tp ble dia komen2 dgn kwan2 dia,n dia brsungguh kata yg dia still single,mula r..snyum xnmpk mata..even kte tau mybe dlm hati ade org..tp kte ttp wat xtau..slagi mulut dia xkate sndiri,slagi tu kita ttap anggap dia single..


9) kalo kite nmpak brang2 yg dia ske,kte pun jd ske kat barang tu..dia ske minum air oren brand X,kite pun ske..asal g koop je,nk bli air,amek ape yg dia ske..ble nk ble ice cream pon ingat dia..tp ble kite nk bli asam ttbe tringat dia bese kate ‘makan asam xelok..xyah bli’..trus xjadi nk bli..mak kte punya la payah pujuk kte jgan mkan asam,dia ckp cmtu je trus dgr~tp ble dpan dia,trus g bli asam..saje nk attntion dia..


10) last skali r..korg msti brharap 1hari korg leh confess kt dia..n dtrima..tp untuk mse skrang korg hnye tgk dia dari jauh je*yg dkat tu ok la*..macam kwan2 aku kate ‘g je la cnfess kat dia’..ape diorg ingt aku cnfess ni cm nk bli gula2..sng2 je~kena r ada azam yg kuat,mke tebal baru leh cnfess..

So, kpada ssiapa yg ad crush tu r,aku sgt pham prasaan n keadaan korang..tp yg pnting kita kne la syg lbih kt yg kat atas,THE ONLY ONE..n oso kite nyer FAMILY..


~amik dr sumber kat fb...ngee...^_^~